Saturday, July 23, 2011

Kisah Nenek ku

           Hampir 2 minggu pemergian arwah nenek ku.Setiap kali aku lalu or keluar dari tandas yang berada depan pintu bilik arwah nenek aku, aku mule rase sedih sebab terbayang macam arwah nenek aku berade depan aku. Dulu,setiap kali aku nak pulang ke matrikulasi or upm,bile bersalam dengan arwah nenek ku dia mesti cium dahi aku n pesan supaya belajar rajin-rajin,tapi semua kenangan manis seperti tu tak kan berulang lagi. Itulah kali terakhir aku dapat ciuman dari nenek ku untuk kali terakhir sebelom arwah jatuh sakit. Dulu mase cuti sem yang lepas, bile aku nk pergi kerja kat Parkson, arwah selalu cakap 'nanti cepat balik ye,atok tinggal sorang je kat rumah' dan bila aku pulang dari keje,aku bukak pintu aku nampak nenek aku tengah tidur kat ruang tamu sambil tv terbuka.Aku kejutkan nenek aku supaya tidur dalam bilik,kesian dia sebab takde sape yang teman dia waktu petang sebab parent's aku keje dan aku pun keje jugak.Tapi kali ni bila aku pulang dari keje,takde lagi kedengaran bunyi tv terbukak lagi..


            Nenek aku tinggal dengan aku semenjak aku dari kecil lagi lepas Pakcik Apar pindah rumah baru.Dulu pakcik aku tinggal sama-sama dengan nenek aku kat rumah arwah datuk ku. Setelah pakcik apar pindah rumah baru,takde siapa yang boleh teman nenek aku so ibu ku mengambil keputusan untuk tinggal bersama-sama denganku..Nenek aku seorang yang rajin even dia da berumur 20 tahun masih lagi tolong ibu ku di dapur,banyak kali ibu ku pesan supaya nenek aku berehat tapi nenek aku tetap juga nak tolong ibu ku di dapur..kadang-kadang baju yang aku basuh gune machine pun dia nk sidaikan sampai satu hari tu aku terkasar ngan nenek aku,aku ckp 'atok x payah la sidai baju lagi,biar orang yang ade kat rumah ni je sidaikan'. 


            Arwah mula jatuh sakit semasa aku berada di upm time study week..nenek aku jatuh dari katil di biliknya waktu malam sebab dia kate dia x dapat rase badan dia lagi. Keesokan harinya ibu ku hantar nenek aku pulang ke rumah pakngah aziz di muar sebab ibu risau sebab tiada siapa yang leh jenguk keadaan nenek ku waktu petang maklumlah ibu bapa ku keje balik da petang,aku dan adik aku pulak sambung belajar n abgku bekerja di segamat.Pada awalnya aku tidak tahu langsung yang nenek aku berada di muar sebab ibuku x bagitau kat aku pun maybe sebab ibuku tak nak aku risau n x dapat tumpukan perhatian pada study..Mase nenek aku dimasukan ke ICU barulah abang aku tepon aku n suruh aku pulang ke muar secepat mungkin,mase tu aku tgh sebuk stdy sbb lagi 3 hari nk final exam..aku kelam kabut siap2 n pulang ke muar.


            Selepas nenek ku kluar dari ICU,nenek ku tinggal di rumah paklong sebab paklong dah pencen jadi mudah untuk menjaga nenekku.Semase aku melawat nenek ku,aku betul-betul sedih tengok keadaan nenek ku yang x boleh lagi bergerak dan terlantar atas katil.Bile semua orang da kuar dari bilik tu,aku tutup dan kunci pintu cepat-cepat sebab aku nak berbual dengan nenek ku..aku cuba tahan dari menangis tapi air mata ku tetap juga mengalir.. aku ckp dengan nenek ku tapi nenek aku x berdaya untuk bercakap dan dia hanya mampu gerakan matenya sahaja.aku cakap dengan nenek aku "atuk,afiq ni atuk...afiq rindu kat atuk,fiq mintak maaf atas semua kesalahan fiq sepanjang atuk tinggal dengan afiq,halalkan segala makanan yang atuk masak untuk afiq..afiq mintak maaf sebab selalu buat atuk kecik hati"  Mase tu aku lihat mate nenek ku berair maybe nenek ku pun menangis tapi dia x mampu berkata-kata dan hanya mampu pandang aku..mase tu aku tahan dari menangis smpai kepale aku mule rase pening. Itulah kali pertama aku lihat mate nenek ku berair..Bila aku nak pulang semula ke upm,aku ckp kat nenek aku yg aku nk pulang semula,nenek aku x pandang pun kat aku tapi matenya tetap berair..


              4 Julai 2011 ( 2 Syaaban 1432 H ) 2.00a.m - sedang aku dibuai mimpi,tibe-tibe ibu ku kejutkan aku dan suruh bersiap untuk pulang ke muar sebab nenek aku dah makin tenat. Aku dan ibu bapa ku terus siap-siap n bertolak waktu tu jugak,ayah pandu kereta laju dan kami smpai di rumah paklong ku tepat pukul 3.25.am..Bile aku masuk ke bilik,aku lihat nenek aku dalam keadaan tenat,pernafasan dia laju dan bila aku pegang kaki dia,mula rase sejuk dan tapak tangan dia pun sama sejuk..aku bace yasin untuk nenek ku sehingga subuh dan bertukar ganti dengan pakcik ku..tepat jam 9.00a.m,nenek ku mehembuskan nafas terakhirnya dan hujan mula turun dengan lebatnya..aku syukur sebab aku,adik dan abangku merupakan satu-satunya cucu yang berada di sisinya sehingga arwah mehembuskan nafas wat kali terakhir..semoga arwah nenek ku di tempatkan di kalangan orang yang beriman..al-fatihah


P/S : Kepada anda yang masih lagi mempunyai atuk/nenek..jangan sesekali sakitkan hati mereka kerana setelah mereka pergi,kita x kan dapat jumpa lagi dengan mereka..


maaf sebab ayat aku terabur,aku pn x terpkir nk wat blog tp tbe2 teringt pada arwah nenek ku